fbpx

33 pelajar sekolah di Kuala Muda positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah di Kuala Muda dibawa ke PKRC selepas disahkan positif Covid-19.

SUNGAI PETANI – Seramai 33 pelajar di sebuah sekolah menengah berasrama di sini disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, jangkitan tersebut diisytiharkan sebagai Kluster Dah Jalan Pantai bermula hari ini.

Beliau berkata, kes pertama dikesan membabitkan seorang pelajar sekolah berkenaan pada 14 Januari lalu.

“Setakat ini, seramai 61 pelajar menjalani saringan dan 33 daripadanya didapati positif Covid-19.

“Semua pelajar yang disahkan positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah di Jitra dan Kulim,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI