fbpx

Tuchel kritik aksi longlai Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (kanan) kerap kali kehilangan bola dalam situasi penting menyebabkan Tuchel tidak mampu menahan dirinya daripada mengkritik penyerang antarabangsa Belgium itu. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel tanpa berselindung mengakui bengang dengan penyerang, Romelu Lukaku selepas tewas 0-1 kepada Manchester City pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad malam kelmarin.

Jaringan menarik yang dilakukan pemain tengah City, Kevin De Bruyne sudah cukup untuk meranapkan harapan The Blues bagi terus ber­saing merebut takhta kejuaraan musim ini.

Tuchel secara terus-terang berkata, jentera serangan Chelsea langsung tidak berfungsi pada perlawanan itu, lebih-lebih lagi apabila gagal melakukan sebarang percubaan pada separuh masa pertama.

“Kami ada lakukan lapan atau sembilan gerakan menyerang sepanjang perlawanan tetapi tidak ada sentuhan langsung dalam kotak penalti City. Jentera serangan adalah masalah terbesar kami hari ini (kelmarin).

“Romelu Lukaku sepatutnya memanfaatkan setiap peluang yang dicipta oleh rakan sepasukan. Apa yang dapat dilihat, dia kehilangan banyak bola dalam situasi cukup penting,” luah pengendali dari Jerman itu.

Meskipun menegaskan mereka tidak akan berputus asa untuk terus mencabar takhta kejuaraan, namun Tuchel mengakui tidak ada pasukan mampu mengejar The Citizens dengan prestasi mereka ketika ini.

“Keputusan seri adalah lebih adil untuk kami hari ini (kelmarin) tetapi saya terima kekalahan ini. Kami tidak akan me­ngaku kalah tetapi jika City terus catat kemenangan, pasti sukar untuk pasukan lain mengejar mereka,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI