fbpx
Ayob Khan

Polis siasat dakwaan Terence

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Polis akan menyiasat dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mengenai ada individu memasukkan sesuatu ke dalam minumannya sebelum dia ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab malam di Perai, Pulau Pinang, Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, wakil rakyat itu telah pun membuat laporan polis dan siasatan mengenai dakwaan tersebut sedang dijalankan pihaknya.

“Individu itu (Terence) telah membuat laporan polis yang mengatakan ada orang memasukkan bahan dalam minumannya. Dakwaan itu kita akan siasat.

“Sesiapa sahaja boleh buat dakwaan dan buat laporan polis, jadi biar polis siasat. Kita akan siasat selengkap-lengkapnya sebelum menghantar kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Menurut beliau, sampel (air kencing) ADUN daripada DAP itu telah dihantar ke Jabatan Patalogi untuk ujian lanjut bagi mendapatkan laporan lengkap.

Dalam serbuan pada pukul 9 malam Khamis lalu, Terence, 54, ditahan polis dan didakwa positif menggunakan bahan terlarang.

Terence yang merupakan ADUN Perak selama dua penggal dan merupakan seorang peguam itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman sehari. -K! ONLINE

POPULAR