fbpx

 Ops Cakna: 262 notis dikeluarkan kepada peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) berbual mesra dengan sebahagian jurumandi jenazah di Pejabat Agama Islam Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Sebanyak 262 Notis Pengesahan Maklumat Barangan dikeluarkan terhadap peniaga dalam Ops. Cakna yang bermula 1 Januari lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, operasi tersebut memberi tumpuan kepada peniaga kedai barangan elektrik, perabot, pakaian, alat ganti kenderaan dan bengkel kenderaan.

“Ops. Cakna bertujuan memastikan tiada aktiviti pencatutan dilakukan yang boleh menyebabkan harga barang tersebut melonjak tinggi sehingga tidak terkawal.

“Pengeluaran 262 notis terbabit bertujuan untuk menyiasat kemungkinan wujud unsur pencatutan dalam kenaikan barangan terbabit,” katanya di sini hari ini.

Rosol berkata, peniaga yang menerima notis berkenaan perlu mengemukakan maklumat terperinci berhubung harga jualan dan kos barangan bagi memudahkan siasatan terperinci.

Beliau berkata, Ops. Cakna akan diteruskan sehingga 31 Januari depan bagi menangani kenaikan harga barangan terbabit berikutan permintaan tinggi selepas musim banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI