fbpx
MIMI LANA dan kekasihnya, Syafiq Kyle.

Mimi Lana takkan sembunyikan soal pernikahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon cantik Mimi Lana berjanji tidak akan menyembunyikan hal berkaitan pernikahan jika sudah tiba masanya nanti.

Mimi berkata, dia juga sudah bersedia untuk bergelar isteri andai kata jodoh untuknya menamatkan zaman bujang telah tertulis.

“Cakap soal sedia atau belum, jujur saya memang sudah lama bersedia. Umur pun dah nak masuk 27 tahun ini.

“Saya rasa tidak akan sorok benda-benda begini. Kalau sudah tiba masanya, saya janji akan maklumkan kepada semua,” katanya.

Mimi ditemui ketika sidang media pelancaran drama terbaharunya Villa Kristal yang bakal ditayangkan menerusi laman penstriman WeTV.

Tambah Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, justeru, dia memilih untuk bijak seimbangkan antara kehidupan peribadinya dengan kerjaya seni sebagai pelakon.

“Pada saya, dengan umur yang sebegini, saya kena pandai seimbangkan antara kehidupan peribadi dan kerjaya seni sebagai pelakon,” katanya.

Terdahulu, Mimi dan Syafiq Kyle pernah menjalinkan cinta selama lima tahun dan memutuskan hubungan cinta mereka pada Mei 2020.

Namun, Mimi menerusi Instagramnya pada Septemnber tahun lalu ada berkongsi gambar berdua dengan Syafiq sekali gus menguatkan hubungan mereka kembali terjalin .

Bagaimanapun, hingga ke hari ini, kedua-dua pelakon itu lebih selesa mengunci mulut tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai percintaan mereka. – K! ONLINE

POPULAR