fbpx

Kaji penggunaan kolar penjejak pada harimau di hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil sebuah NGO di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sedang dalam fasa kajian untuk memasang kolar penjejak kepada hampir 150 ekor harimau belang di kawasan hutan negara ini bagi memudahkan untuk mengesan pergerakan haiwan itu sekiranya ia keluar dari habitat asal.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kolar penjejak itu yang menggunakan tenaga satelit sekali gus berupaya mengesan dan mengenal pasti pergerakan haiwan itu.

Menurutnya, pengunaan peranti itu juga sebagai usaha untuk menyelamatkan harimau belang yang merupakan hidupan dilindungi di samping dapat mengekalkan ia supaya tidak pupus.

“Kita telah mengarahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengkaji pengunaan kolar penjejak ini.

“Sebelum ini, ia digunakan pada haiwan liar lain seperti gajah. Jadi, kita bercadang untuk gunakan kolar penjejak itu pada harimau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan melibatkan dana RM50,000 kepada 10 penerima yang terdiri daripada persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan kelab di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI