fbpx

14 kawasan di Kerian, Larut Matang Selama alami gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

TAIPING – Sebanyak 14 kawasan dalam daerah Larut Matang Selama dan satu kawasan di Kerian akan mengalami gangguan bekalan air bermula esok dan Rabu ini.

Lembaga Air Perak (LAP) dalam satu kenyataan memberitahu, gangguan tersebut disebabkan kerja-kerja pengalihan paip di Taiping dan pemasangan pressure reducing valve (PRV)di Selama.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terjejas pada Isnin ini bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang ialah di Kampung Changkat Lobak (Kerian), Sungai Malau, Kampung Tebing Tinggi, sepanjang jalan Kubu Gajah ke Changkat Lobak, Taman Kamunting Permai serta kawasan sekitarnya.

“Pada Rabu pula lokasi terjejas ialah keseluruhan Batu 14 Batu Kurau, Ulu Sepetang, Pondok Tanjung,Taman Kota Wira, Changkat Larah,Taman Kamunting Mutiara,Taman Lela,Taman Rakyat,Taman Juta dan Kampung Sungai Relong.

“Sehubungan dengan itu,pengguna yang terlibat dinasihatkan dapat membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air yang mencukupi,” ujar kenyataan tersebut.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian LAP 1-800-88-788 atau menerusi LAP Careline 15353. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI