fbpx

Satu kes ‘acute gastroenteritis’ melibatkan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Satu kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini menjadikan jumlah kumulatif penyakit berjangkit sebanyak 2,461 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penyakit berjangkit yang dilaporkan hari ini melibatkan kes acute gastroenteritis.

“Dalam masa sama, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 471 kes susulan tiada kes baharu hari ini serta tiada kes baharu dicatatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan jumlah itu kekal 15 kes.

“Selain itu, tiada pertambahan kluster baharu di PPS sekali gus kekal dengan satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak tiga PPS masih beroperasi di Johor dengan angka keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 89 orang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI