fbpx

Ritual pelik, cinta aneh selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAN. MEGAN Fox Kelly (MGK) minum darah selepas bertunang manakala Kim Kardashian memakaki gaun pengantin pada majlis pradengar album baharu bekas suaminya.

SETIAP manusia dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan tersendiri. Setiap orang hidup dalam acuan tersendiri, bahkan ada yang memiliki keperibadian kompleks, rumit dan sulit tak kiralah seseorang bergelar artis, orang biasa atau kenamaan.

Sebagai manusia, kita mempunyai pelbagai sifat, ada yang biasa-biasa bahkan ada juga yang perangai pelik yang kadangkala tidak masuk dek akal logik. Minggu ini Gala membawakan senarai beberapa selebriti dunia yang mempunyai sikap aneh, pelik mungkin genius dalam kehidupan cinta mereka.

Shah Rukh Khan

Sebut sahaja nama Shah Rukh Khan, siapa yang tidak kenal dengan bintang Bollywood itu.

Mungkin ada yang belum tahu bahawa SRK sebenarnya pernah tiga kali berkahwin dengan isterinya, Gauri Khan.

Di sebalik kebahagiaan yang ditonjolkan mereka, ramai tidak menyangka SRK dan Gauri sebenarnya pernah melalui pengalaman pelik dalam urusan perkahwinan mereka.

Pasangan itu berkahwin buat kali pertama di mahkamah bagi mengelakkan masalah.

Kemudiannya, pada 26 Ogos 1991, mereka melakukan majlis akad nikah disusuli pula dengan tradisi Hindu pada 25 Oktober tahun sama. Semasa berkahwin, pasangan itu masing-masing berusia 13 dan 19 tahun. SRK terpaksa menyembunyikan status agamanya daripada pengetahuan keluarga Gauri selama lima tahun.

Megan Fox

MUNGKIN ramai yang sedia maklum bahawa Megan Fox bertunang dengan pemuzik rock terkenal, Machine Gun Kelly (MGK) setelah hampir dua tahun bercinta.

Peliknya, Megan menerusi ciapan dalam Twitternya menulis tentang ritual cinta mereka selepas MGK menyarungkan cincin pertunangan ke jari manisnya.

Menurut Megan, mereka bertindak meminum darah masing-masing sebagai tanda cinta dan taat setia terhadap hubungan yang dijalinkan.

Rata-rata netizen dan peminat terkejut dan memberikan reaksi pelik terhadap apa yang dilakukan bintang Transformers itu termasuk berasa loya dan jijik.
Tak cukup dengan itu, ada juga yang menyokong perbuatan aneh mereka itu dan menyifatkan itu sebagai cara tersendiri kedua pasangan itu memeterai janji.

Kim Kardashian

Ibarat pengabdi syaitan!. Itu ungkapan paling sesuai diberikan buat Kim Kardashian yang mengenakan gaun berona putih ketika melakonkan semula babak perkahwinan bersama bekas suaminya, Kenya West sewaktu majlis pradengar, Donda Listening Party Ogos lalu.

Pakaian Kim bukan sembarangan. Gaun pengantin itu termasuk dalam deretan koleksi Balenciaga Haute Couture yang dikeluarkan pada 7 Julai tahun lalu. Tidak seperti pada acara pradengar yang menyaksikan Kim hadir sebagai penonton, kali ini Kim tampil berbeza.

Wanita berusia 40 tahun itu masuk ke arena pertunjukan dalam balutan gaun putih saat West menampilkan lagu No Child Left Begin yang menjadi dendangan pada malam tersebut.

Kedua-dua mereka memperagakan kembali momen perkahwinan di hadapan ribuan penonton yang rata-ratanya terharu dengan apa yang dilakukan, lebih-lebih lagi mereka yang sudah membawa haluan hidup masing-masing.

Harry Houdini

Berbeza sedikit dengan senarai selebriti lain yang tertumpu kepada perkahwinan dan soal kasih sayang, Harry Houdini seorang artis veteran kelahiran Hungary ada cerita tersendiri.

Mendiang cukup dikenali sebagai pakar silap mata dan pelakon lagak ngeri.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Houdini ada berpesan kepada keluarganya dan meminta sesuatu yang agak aneh daripada isterinya.

Difahamkan, Houdini meminta isterinya mengadakan acara ritual dan memanggil roh mendiang untuk berkomunikasi dengan dirinya pada setiap tahun.
Dikatakan, pasangan tersebut sama-sama membuat kod rahsia untuk memastikan roh orang mati yang diseru nanti adalah Houdini dan bukannya roh orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI