fbpx

Penyewa letupkan rumah selepas diusir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan daripada letupan memenuhi jalan-jalan utama serta merosakkan sekurang-kurangya dua buah kereta. – EPA

PONFERRADA, SEPANYOL – Seorang penyewa yang berang kerana diusir oleh tuan rumah bertindak meletupkan unit pangsapuri yang disewa sehingga mencetuskan kebakaran, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Dalam kejadian sebelum pukul 4 pagi itu, satu letupan kuat didengari di kawasan pangsapuri Calle Alcon di bandar Ponferrada, sehingga menyebabkan serpihan memenuhi jalan-jalan utama serta merosakkan sekurang-kurangya dua buah kereta.

Letupan gas yang mencetuskan kebakaran itu telah memusnahkan bahagian dalam rumah tersebut sehingga memaksa pihak berkuasa memindahkan jiran-jiran terdekat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja memadam api.

Menurut seorang sumber, lelaki yang tinggal berseorangan itu dikatakan dihalau keluar dari rumah tersebut, sekali gus menyebabkannya naik berang.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa lelaki itu telah diatahan polis.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan selain penduduk berhampiran telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI