fbpx
Tangkap layar video TikTok yang menunjukkan doktor melayan kerenah kanak-kanak perempuan yang mahu melakukan proses ultrasound. - Tiktok/@lolaAS

Ibu keliru kanak-kanak perempuan teringin buat ‘ultrasound’ hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan di Jakarta mengundang rasa lucu dalam kalangan netizen kerana teringin menjalani proses ultrasound seperti ibunya yang sedang hamil, lapor laman Suara.com, semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman tiktok ibu kanak-kanak itu, dia menjelaskan bahawa anak itu mengikutinya ke janji temu bersama doktor pakar sakit puan.

Apabila melihat ibunya menjalani proses ultrasound untuk memeriksa keadaan kandungan, kanak-kanak itu turut meminta dilakukan perkara sama.

“Dia beritahu doktor dalam perutnya juga ada bayi jadi minta untuk dilakukan ultrasound seperti ibu.

“Saya tidak tahan ketawa melihat kesungguhan pada wajahnya apabila doktor memeriksa perutnya,” tulis keterangan video.

Kepolosan sikap kanak-kanak itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut memuji kesabaran doktor melayan permintaan tersebut.

“Nasib baik doktor ada masa mahu melayan permintaan anak kecil ini,” komen seorang pengguna media sosial.

Setakat ini, video tersebut sudah diulang tonton hingga 4.2 juta kali dengan lebih 3,000 komen diberikan. – Agensi

POPULAR