fbpx

Thailand beli empat jet pejuang bernilai RM1.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH jet pejuang jenis F-35 dirakam sedang terbang di udara. - Lockheed Martin

BANGKOK – Tentera Udara Diraja Thailand mengesahkan bahawa Kabinet negara itu pada Selasa telah bersetuju  menyokong cadangan bagi membeli empat buah jet pertama dalam skuadron jet pejuang baharu yang berharga AS$413.67 juta (RM1.7 bilion) bagi tahun kewangan akan datang, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Jurucakapnya, Prapas Sonjaidee mengesahkan berita tersebut seperti yang telah dilaporkan media Selasa lalu, yang memetik sumber kerajaan.

“Tentera udara akan membentangkan pelan pemerolehan tersebut dan bersedia untuk menjawab semua persoalan mengenai projek itu,” katanya.

Prapas bagaimanapun menekankan bahawa tiada sebarang kata putus dibuat setakat ini berkenaan sama ada jet pejuang yang akan dibeli adalah F-35.

Menurutnya, dua jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji model jet pejuang terbaik dan dalam masa sama, pelan pemerolehan masih dinilai.

“Kesemua lapan jet pejuang skuadron baharu akan menggantikan jet F-16 ADF (Jet Pejuang Pertahanan Udara) yang telah ditamatkan tempoh penggunaan dari pangkalan Wing 1 di Nakhon Ratchasima pada 2021,” jelas Prapas.

Sementara itu, Ketua Tentera Udara Thailand, Napadej Dhupatemiya sebelum ini menyatakan minat mendalam terhadap jet halimunan F-35 buatan Amerika Syarikat (AS).

Beliau pada bulan lepas berkata, pesawat pejuang itu adalah pilihan terbaik kerana harganya telah jatuh daripada harga permulaan sebanyak AS$142 juta (RM593.9 juta), iaitu ketika ia mula memasuki pasaran.

Kini, pesawat tersebut boleh dibeli pada harga AS$82 juta (RM342.9 juta) sebuah, atau lebih separuh daripada harga asal. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI