fbpx

Sudahlah tidak pakai topi keledar, bercium pula ketika naiki motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan sepasang kekasih yang dirakam bercium ketika menunggang motosikal di jalan raya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial gara-gara seorang lelaki dirakam mencium teman wanitanya ketika mereka menaiki sebuah motosikal di jalan raya, lapor laman berita Detik.com semalam.

Video itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @memomedsos. 

Kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Bulukumba, dalam wilayah Sulawesi Selatan.

Berdasarkan rakaman, seorang penunggang lelaki dilihat menaiki motosikal dengan dibonceng oleh seorang wanita di belakangnya.

Lelaki itu sesekali menoleh ke belakang untuk mencium wanita tersebut.

Menurut Ketua Polis Trafik Bulukumba, AKP Andika, pihaknya sedang mengesan pasangan kekasih tersebut kerana didapati melakukan kesalahan.

Kesalahan paling utama adalah kerana mereka tidak memakai topi keledar, jelasnya.

Kesalahan berkenaan tindakan mencium ketika menunggang motosikal akan diserahkan kepada polis Bulukumba, tambah beliau. 

Mereka dilaporkan menyerah diri setelah video tersebut tular. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI