fbpx

Saintis kesan planet ‘cacat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Planet tersebut terletak di bahagian luar sistem suria. – ESA

PARIS – Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mengesan sebuah planet berbentuk seperti sebiji bola ragbi yang terletak di bahagian luar sistem suria dengan saintis-saintis  melabelkan objek itu sebagai  planet cacat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dinamakan Eksoplanet WAP-103b, planet itu  menjadi tanda tanya kepada  pakar-pakar angkasa lepas yang ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai kewujudannya selepas ia mula dikesan pada buruj Hercules.

“Misi Cheops eksoplanet ESA mendapati bahawa terdapat sebuah eksoplanet yang mengorbit bintang perumah dalam masa sehari serta mempunyai bentuk yang tidak sempurna.

“Ia berbentuk seperti bola ragbi, dan bukannya sfera.

“Ini merupakan kali pertama di mana kecacatan pada eksoplanet ditemui, sekali gus menawarkan maklumat baharu mengenai struktur dalaman planet-planet di sekitar bintang,” kata ESA dalam satu kenyataan.

Eksoplanet merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan mengenai planet yang berada di luar sistem suria.

Sementara itu, satu kertas kajian yang diterbitkan mendedahkan bahawa saintis mendapati eksoplanet tersebut bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada Musytari dan berkemungkinan mempunyai struktur sama dengan gergasi gas.

Ia juga dipercayai  ditarik oleh bintang yang ia kelilingi.

“Jika kita boleh mengesahkan butiran-butiran mengenai struktur luarannya dengan pemerhatian lanjut, mungkin kita akan lebih memahami apa yang membuatkan planet itu menjadi terapung seperti itu.

“Selain itu, pengetahuan mengenai saiz terasnya juga adalah penting untuk kita lebih memahami bagaimana ia terbentuk,” kata pengarang utama kajian tersebut, Susana Barros. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI