fbpx

‘Harap Aliff Aziz dapat lagu Tamil, opera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DISEBUT-SEBUT sebagai peserta anak emas Astro, mampukah Aliff Aziz mara ke final GV8, semuanya akan terjawab, Ahad nanti.

TERPANGGIL dengan skeptikal khalayak terhadap kualiti dan prestasi suaminya, Aliff Aziz dalam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Bella Astillah berharap semua pihak, terutama netizen yang tidak senang dengan keberadaan Aliff agar ‘move on’.

Biarpun sering menjadi mangsa kecaman netizen, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, tetap berbangga dengan setiap pencapaian Aliff yang turut diumumkan berjaya melangkah kaki ke peringkat separuh akhir hujung minggu ini.

“Syukur alhamdulillah dapat rezeki untuk ke separuh akhir GV8. Bangga sama kamu sayang. Hanya buat yang terbaik.

“Buat yang terbaik pun ada yang tak suka apatah lagi kalau ada tersilap. Lumrah kehidupan. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Abaikan dan teruskan sahaja,” katanya dalam satu entri Instagram.

Pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh itu juga percaya rezeki yang diraih suaminya telah disusun oleh Tuhan dan Aliff telah melakukan setiap tugasan dengan seikhlas hati.

“Rezeki Allah SWT sudah susun dan tetapkan. Kita hanya menjalani. Yang penting setiap lagu yang awak dapat awak buat dengan ikhlas dan jujur ya,” ujarnya lagi.

Sempat meninggalkan kapsyen gurauan, namun kedengaran sinis, dia turut berharap Aliff mendapat lagu tugasan dalam bahasa Tamil.

“Saya sangat berharap awak akan dapat lagu bahasa Tamil atau opera tetapi jika awak boleh menyanyikannya, nanti orang cakap lagu senang juga,” tuturnya.

PERJUANGAN kumpulan Sa.Ya dalam GV8 terhenti pada peringkat suku akhir.

Markah

Sebelum ini, Bella juga pernah membuat ciapan menyelar segelintir netizen yang melabelkan Aliff sebagai anak emas GV8 kerana didakwa sering diberikan lagu bergenre mudah dan tiada kepelbagaian seperti peserta lain.

Pada peringkat suku akhir berlangsung, Aliff yang mendendangkan lagu Rapuh nyanyian asal Nastia meraih markah keseluruhan 76.80 peratus sekaligus menjadi peserta kedua diumumkan layak ke peringkat separuh akhir GV8 yang berlangsung Ahad ini.

Konsert suku akhir lalu turut menyaksikan penyanyi Suki Low kembali muncul sebagai juara mingguan dengan markah 78.90 peratus menerusi lagu You Are My Everything.
Sementara itu, pasangan duo SA.YA yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin diumum tersingkir selepas memperoleh markah terendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI