fbpx

Bayi Nevermind saman semula Nirvana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elden menunjukkan gambarnya ketika bayi yang menjadi imej kulit album kumpulan Nirvana. - France24

LOS ANGELES, California – Lelaki yang gambar bayinya dirakam untuk kulit album kumpulan Nirvana, Nevermind telah mengemukakan saman baharu terhadap kumpulan rock tersebut atas dakwaan eksploitasi seksual selepas kes sama digugurkan sebelum ini.

Kini berusia 30 tahun, Spencer Elden pertama kali mengemukakan samannya pada Ogos 2021. Dia menuntut ganti rugi AS$150,000 (RM626,340) daripada setiap 15 defendan termasuk bekas anggota Nirvana yang masih hidup iaitu Dave Grohl dan Krist Novoselic, di samping estet vokalis kumpulan tersebut,

mendiang Kurt Cobain serta jurugambar, Kirk Weddle.

Dalam saman asal, pasukan guamannya berhujah bahawa ‘Elden atau penjaganya tidak menandatangani dokumen yang membenarkan penggunaan imej anak guam mereka, apatah lagi gambar pornografi kanak-kanak menampilkan Elden.

Di bawah undang-undang persekutuan Amerika Syarikat, mangsa penderaan seks kanak-kanak boleh menyaman sesiapa sahaja yang menerbitkan, mengedar atau memiliki imej mereka bagi menuntut ganti rugi.

Pada 3 Januari lalu, seorang hakim menolak kes Elden kerana pasukan guamannya gagal memberi maklum balas dalam masa yang ditetapkan berhubung permintaan peguam Nirvana supaya kes itu digugurkan.

Elden diberikan masa 10 hari untuk memfailkan kes baharu dan berbuat demikian pada Rabu lalu.

Pada tahun 1991 apabila dia berumur empat bulan, Elden dirakam dalam keadaan bogel di dalam sebuah kolam renang dan cuba mencapai wang kertas satu dolar yang dilekatkan pada mata pancing. Gambar itu menjadi imej kulit album antara yang paling ikonik sepanjang masa.

Album Nevermind dijual sebanyak 30 juta unit dan menampilkan lagu popular seperti Smells Like Teen Spirit.

Dalam hujah pada Disember lalu, pasukan peguam Nirvana berkata, tempoh masa untuk memfailkan saman berhubung imej itu tamat lebih satu dekad lalu dan dakwaan Elden bahawa gambar itu membabitkan pornografi kanak-kanak sebagai ‘tidak serius’.

Kata mereka, Elden sendiri berulang kali menghasilkan semula foto tersebut dan mengenakan bayaran termasuk untuk ulang tahun ke-25 Nevermind. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI