fbpx

Bantuan Awal Persekolahan diagihkan Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid yang bakal memasuki Tahun 2 hingga Tingkatan 5 pada 21 Mac depan bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 akan dilaksanakan bermula Isnin ini.

Kementerian Pendidikan berkata, susulan itu, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dari kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak untuk menerima bantuan tersebut.

“Bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac pula, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

“Kerajaan telah bersetuju meningkatkan kadar BAP kepada RM150 bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 untuk seorang murid berbanding RM100 sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu, manfaat bantuan tersebut akan diterima oleh seramai 3 juta penerima BAP dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Pemberian BAP secara tunai akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan manakala jika murid mempunyai akaun bank, ia akan terus dikreditkan ke akaun mereka.

“KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan bagi Sesi Akedemik 2022/2023,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI