fbpx

Yakin mampu capai sasaran RM100 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida berucap pada Seminar Semakan dan Tinjauan Ekonomi Minyak Sawit 2022 di Hotel Marriott, Putrajaya hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi optimis negara mampu mencapai sasaran pendapatan eksport produk minyak sawit melepasi RM100 bilion tahun ini.

Keyakinan itu disuarakan Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin susulan kejayaan Malaysia julung kali merekodkan angka lebih RM90 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lalu.

Beliau dalam nada kagum menambah, walaupun ada pelbagai cabaran terutama kekurangan buruh dan isu wabak, eksport produk komoditi itu melonjak kepada RM95.76 bilion pada 2021.

“Ini menunjukkan peningkatan berlaku hampir 48 peratus berbanding tempoh sama pada 2020 cuma RM64.85 bilion dan untuk tahun ini tidak mustahil boleh cecah RM100 bilion,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Semakan dan Tinjauan Ekonomi Minyak Sawit 2022 anjuran kementerian itu di Hotel Marriott di sini hari ini.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan dengan ucap tama disampaikan Ketua Pengarahnya sendiri, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI