fbpx

Pecat Masi atau Hamilton tinggal F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON akur gelaran juara dunia F1 yang patut menjadi miliknya ‘dirompak’ saat akhir disebabkan keputusan tidak munasabah dilakukan oleh Masi pada GP Abu Dhabi. – AFP

LONDON – Pasukan Mercedes dikatakan bersetuju dengan ‘janji manis’ Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk memecat pengarah perlumbaan pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi, Michael Masi bagi mengelak Lewis Hamilton bertindak meninggalkan perlumbaan F1 musim depan.

Menurut laporan antarabangsa, Mercedes dilihat masih berang dengan tindakan FIA berhubung drama yang berlaku pada pusingan terakhir pada GP Abu Dhabi musim lepas.

Justeru, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berharap pemandu Britain tersebut meneruskan perlumbaan F1 meskipun gelaran juara dunia F1 patut menjadi miliknya ‘dirompak’ pada saat-saat akhir.

MASI

Atas keputusan tersebut, pemandu Red Bull, Max Verstappen dinobatkan sebagai juara dunia F1 baharu sekali gus menamatkan dominasi Hamilton.

Wolff telah melakukan sebaik mungkin untuk melakukan protes terhadap FIA agar kemenangan tetap diberikan kepada Hamilton.

Selepas perbincangan berjam lamanya, Mercedes dikatakan telah memutuskan untuk menggugurkan rayuan mereka tetapi dengan syarat Masi dan Nikolas Tombazis dipecat menjelang musim 2022.

Bagaimanapun, sehingga ini masih tiada sebarang keputusan dibuat oleh FIA meskipun ­presiden baharu badan induk tersebut iaitu Mohammed Ben Sulayem berjanji melakukan siasatan menyeluruh.

Beliau juga yakin Hamilton tidak akan mengundurkan diri daripada perlumbaan F1.

“Saya yakin Hamilton akan kembali. Dia akan bersaing untuk memburu gelaran pada musim 2022 nanti,” tegas Ben Sulayem. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI