fbpx

Lelaki diculik ditemui mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di kawasan inilah mangsa dipercayai diculik oleh dua lelaki bersenjatakan kayu pada 13 September tahun lalu.

IPOH – Mayat seorang lelaki yang menjadi mangsa culik pada September tahn lalu ditemui ditanam di sebuah kebun kelapa sawit di Bidor semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penemuan mayat lelaki berusia 29 tahun itu susulan tangkapan ke atas seorang suspek di hentian rehat dan rawat (R&R) Dengkil, Selangor, kelmarin.

Katanya, dengan dipandu arah suspek berusia 30 tahun itu, mayat mangsa ditemui ditanam di kawasan berkenaan dalam keadaan dibungkus dengan plastik kanvas.

“Pihak polis menerima laporan berkaitan kes seorang lelaki dilarikan dua individu pada 3 Oktober lalu.

“Berdasarkan siasatan ke atas pengadu, dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 13 September lalu ketika dia dan mangsa berada di kolam ikan di Kampung Poh, Bidor di mana mereka telah diserang dua lelaki bersenjatakan kayu.

“Mangsa kemudian telah dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan. Suspek turut mengugut pengadu agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI