fbpx

Azan Scan, peserta GV pilihan terima tajaan cermin mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azan Scan (tengah) bersama Datuk Ahmad dan isterinya yang juga merupakan Pakar Optometris dan kanta lengkap, Prof. Madya. Dr. Haliza Abdullah Mutalib semasa majlis penyerahan tajaan cermin mata di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan bekas vokalis kumpulan Scan, Noorhazan Rashid atau lebih mesra dikenali sebagai Azan Scan dipilih penerima tajaan cermin mata daripada D’Optometrist Visioncare Centre sebagai peserta pilihan Gegar Vaganza (GV) musim kelapan.

Majlis penyerahan tajaan itu dilaksanakan di hadapan D’Optometrist Visioncare Centre di sini hari ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Din berkata, cermin mata tersebut akan dipakai oleh Azan Scan semasa membuat persembahan di konsert GV musim kelapan.

“Persembahan bagi konsert GV di minggu sebelum ini, Azan dah mula pakai cermin mata tajaan dari kami, dan untuk serahan cermin mata pada hari ini, dia akan memakainya ketika persembahan separuh akhir akan datang.

“Pelbagai jenis cermin mata diberikan untuk Azan memilih mengikut kesesuaian persembahannya,” katanya.

Menurut Ahmad, tajaan cermin mata ini merupakan tajaan bermusim yang akan dilaksanakan oleh D’Optometrist Visioncare Centre kepada seorang peserta GV yang terpilih sejak musim keenam.

“Sebelum ini, kami telah menaja Jatt Ali pada GV musim keenam dan Mus May pada musim seterusnya dan kali ini giliran Azan Scan sebagai peserta pilihan kami untuk GV yang terbaru,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI