fbpx

Arsenal berdepan krisis jentera tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKONGA (kanan) dan Odegaard (kiri) perlu beraksi pada tahap terbaik menjelang aksi separuh akhir pertama EFL menentang Liverpool di Anfield awal pagi esok. – AFP

LONDON – Arsenal hanya memiliki dua pemain tengah untuk dipertaruhkan pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga England (EFL) menentang Liverpool di Anfield awal pagi esok.

The Gunners sudah pun kehilangan khidmat Thomas Partey dan Mohamed Elneny yang kini menggalas tanggungjawab bersama Ghana serta Mesir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Lebih malang apabila Emile Smith Rowe belum pulih daripada kecederaan pangkal paha, manakala Granit Xhaka masih menjalani proses kuarantin.

Ia sekali gus menyaksikan Arsenal hanya memiliki Martin Odegaard dan Albert Sambi Lokonga di posisi tengah.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengharapkan mimpi buruknya ketika ini dapat diselesaikan secepat mungkin selepas menyaksikan pasukannya tewas dalam dua aksi pertama tahun ini termasuk tersingkir seawal pusingan ketiga Piala FA di tangan Nottingham Forest.

Maka tidak hairanlah para penyokong The Gunners menggesa kelab kesayangan mereka membawa tambahan pemain baharu di posisi itu pada jendela perpindahan bulan ini.

“Dengan situasi yang kami hadapi dan kemahuan untuk terus mengembangkan pasukan, kami perlu memaksimumkan jendela perpindahan dengan cara berbeza. Kami juga sedar situasi dan krisis pemain yang dialami dalam pasukan ketika ini.

“Pengarah Teknikal, Edu dan pasukannya juga sedang bekerja keras kerana kami tahu apa sebenarnya yang diperlukan.

“Sama ada kami mampu me­realisasikan pada Januari ini ataupun musim panas akan da­tang, ia adalah persoalan yang berbeza. Namun, kami akan tetap pastikan mampu bersaing dalam pasaran perpindahan untuk mendapatkan pemain baharu.

“Jika ada pemain yang tepat dan kami mampu dari segi kewangan, kami akan lakukannya, berbincang dan cuba membuat keputusan terbaik,” kata Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI