fbpx

Tindakan pantas bomba selamatkan rumah daripada terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bilik stor yang terbakar dalam kejadian di Taman Seri Bidara, di sini, petang tadi. - IHSAN BOMBA

REMBAU – Hasil tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah rumah teres daripada musnah terbakar dalam kejadian berlaku di Taman Seri Bidara, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian berkenaan sepasukan anggota bomba dari dua buah balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 4.46 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Arif Ahmad Osasi, pihaknya tiba di lokasi yang terletak sejauh lebih 12 kilometer pada pukul 5 petang.

“Sebaik tiba, terdapat kebakaran di bahagian bilik stor yang menempatkan pelbagai barang termasuk barangan elektrik. Kebakaran berjaya dikawal dan kita anggarkan kebakaran membabitkan kediaman konkrit berkenaan sekitar 20 peratus.

“Punca kebakaran sama ada berpunca dari barangan elektrik atau sebagainya masih dalam siasatan. Dalam kejadian ini juga tiada penghuni yang cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI