fbpx

Sayangi bola sepak, elak jadi perosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FITRIE MUHAMMAD, Wartawan Eksekutif Kosmo!

DEK kerana pandemik Covid-19, pelbagai lapisan menerima tempias dan tidak terkecuali industri bola sepak negara yang mengalami situasi pasang surut sejak dua tahun lalu.

Jika musim 2020 sekadar berlalu separuh jalan, kempen 2021 boleh dikatakan lulus dengan pengakhiran penuh gemilang yang menyaksikan Kuala Lumpur City mencipta kejutan muncul juara Piala Malaysia.

Bukan saja aksi atas padang menjadi topik bualan, sambutan peminat terhadap bola sepak juga menjadi penambah perisa kepada kerancakan saingan.

Selain kehadiran penyokong di stadium, jumlah 126 juta tontonan siaran langsung yang dicatatkan Liga M musim 2021 menyerlahkan lagi bola sepak sebenarnya layak untuk dilabel sebagai satu industri besar kepada pemulihan ekonomi negara.

Cumanya, isu tunggakan gaji seakan tragedi yang tidak lapuk ditelan zaman dan solusinya masih lagi kabur sehinggakan ada kes kini sudah pun dipanjangkan ke pengetahuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Paling sedih apabila adanya segelintir pihak ‘menyamar’ sebagai pejuang bola sepak, sedangkan mereka jugalah gunting dalam lipatan yang merosakan sukan nombor satu Malaysia ini.

Adalah sangat menghairankan apabila berlakunya isu tunggakan gaji kerana setiap pasukan pastinya sudah mempunyai draf dan sedia maklum dengan jumlah bajet tahunan yang dimiliki.

Setiap kali ada isu tunggakan gaji, pasti Covid-19 dipersalahkan tetapi adakah alasan itu ‘logik’ untuk diguna pakai, atau pengurusan itu sendiri tidak sedar diri berbelanja di luar kemampuan.

“Semua orang sudah tahu kepentingan sains sukan, namun dalam soal pengurusan dan kebajikan, kita masih lagi kurang dalam aspek sains kemanusiaan,” menurut petikan kenyataan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustaffa.

Hakikat yang harus ditelan, musim 2022 menjadi peluang terakhir buat kesemua kelab ‘bercerai’ penuh dengan persatuan negeri dan berdasarkan saingan 2021, seakan belum ada sinar untuk menyaksikan pentadbiran pasukan pada 2023 dapat dilakukan 100 peratus profesional.

Jika kemahuan untuk berubah tidak ada dalam setiap ‘kepala’ pengurusan kelab, dan masih menagih duit kerajaan bagi meneruskan kelangsungan pasukan, maka sia-sialah usaha FAM dan MFL untuk melihat Liga M dapat dilangsungkan secara profesional.

Apabila bercakap mengenai profesional, adalah tidak salah jika ada kerajaan negeri bersikap prihatin untuk menyalur bantuan, namun kelab tidak wajar untuk bergantung harap kepada dana itu.

“Nasihat saya, jadikan pasukan seperti JDT, Kelantan dan PJ City sebagai contoh. Saya difahamkan sudah banyak pasukan ke arah itu (penswastaan penuh).

“Kalau ada sekali pun, ianya boleh digunakan dalam program pembangunan dan bukannya untuk pasukan utama,” kata Naib Presiden FAM yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Task Force Pelesenan Kelab Profesio­nal, Mohd. Firdaus Mohamed

Dari aspek pentadbiran secara profesional, JDT mungkin berpuluh langkah di depan berbanding pasukan lain.

Kejayaan transformasi oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim te­lah memberi cetusan semangat kepada pasukan lain untuk turut me­lakukan perubahan.

Apa yang pasti, setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk berjaya dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan sekiranya ada kemahuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI