fbpx

Jangan sampai rakyat cabut ‘hayat’ menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

‘NYAWA’ aktres Amerika Syarikat, Jean Dorothy Seberg telah ‘dicabut’ lebih awal. Pelakon kelahiran Marshalltown, Iowa itu disahkan meninggal dunia pada 30 Ogos 1979 ketika berusia 40 tahun.

Wanita itu ditemui dalam sebuah kereta di Paris dalam keadaan sudah mereput selepas 10 hari meninggal dunia. Sebab kematian adalah berkemungkinan bunuh diri.

Sepanjang karier gemilangnya, Jean Seberg membintangi 34 filem di Hollywood dan Eropah. Namun, bukan bakat lakonan yang menjadi tumpuan sepanjang hayatnya.

Tragedi bermula selepas, Jean Seberg menyokong dan menaja gerakan politik Black Panther Party (BPP). Berikutan kecenderungannya itu, dia mula menjadi ‘sasaran’ Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Jean Seberg dilihat sebagai ancaman politik oleh FBI. Maka bermula siri-siri pembunuhan karakter melalui program Cointelpro oleh badan penyiasatan itu.

Kemuncaknya pada 1970 apabila FBI menyebarkan khabar angin mengatakan aktres itu mengandungkan anak ahli BPP. Akibatnya, aktres itu melahirkan bayi perempuan dalam keadaan pramatang. Bayi itu meninggal dunia selang dua hari dilahirkan.

Sebelum mayat anak malang itu yang disemadikan di Marshalltown, kerandanya dibuka bagi membuktikan bahawa bayi itu berkulit putih.

Berdasarkan fail FBI yang tersebar, tindakan yang dibuat atas arahan Pengarah FBI pada masa itu, J. Edgar Hoover dengan niat ‘cause her embarrassment’ dan ‘cheapen her image with the general public.’

Konspirasi FBI menjahanamkan reputasi Jean Seberg dalam usaha melemahkan ‘ancaman’ politik. FBI menggunakan saluran media arus perdana sebagai medium kempennya itu.

Perkara ini tidak banyak berbeza dengan beberapa insiden dalam negara. Sebagai contoh berapa banyak video intim pemimpin disebarkan untuk kepentingan agenda politik.

Jadi hari ini kita lihat sama ada, serangan seumpama itu akan diteruskan dalam melemahkan pengaruh politik seseorang.

Jika ditanya orang muda semua akan menyatakan sudah jelak dengan permainan sebegini. Golongan muda jelas, mereka telah buktikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Hari ini apa yang rakyat hadapi adalah isu kenaikan kos. Tidak kiralah barangan keperluan asas, caj tadika, harga dedak atau bahan pembinaan sekali pun. Orang ramai menilai.

Sudahlah pengakhiran 2021 rakyat diuji bencana banjir, masuk 2022 isu harga barang pula melanda.

Tinjauan di laman sosial juga mendapati rata-rata netizen gembira berhubung khabar angin rombakan Kabinet. Ini membuktikan rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa ahli kerajaan.

Malah, dalam media sosial orang ramai sudah memulakan ‘kempen’ serta ‘serangan’ ‘cause her embarrassment’ dan ‘cheapen her image’ terhadap beberapa menteri Kabinet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI