fbpx

Polis buka kertas siasatan video tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular dalam aplikasi TikTok yang mendakwa polis trafik menampar seorang penunggang motosikal.

TANJUNG MALIM – Polis membuka kertas siasatan susulan penularan video dalam aplikasi TikTok berkaitan dakwaan anggota trafik menampar seorang penunggang motosikal, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, berdasarkan siasatan, tiada kejadian seumpama itu berlaku seperti mana yang dinyatakan pemilik akaun tersebut menerusi video berdurasi 26 saat yang dimuat naik di media sosial semalam.

Sehubungan itu katanya, siasatan dijalankan ke atas pemilik akaun mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

“Kejadian seperti dirakam video itu berlaku Sabtu lalu sekitar pukul 2.30 petang semasa pasukan penguatkuasaan trafik menjalankan tugas rondaan dan snap check di Kilometer 100, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur.

“Semasa penugasan itu, anggota telah menahan sebuah motosikal yang ditunggangi dua lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

“Mereka telah memberi peringatan serta amaran kepada penunggang motosikal tersebut. Tindakan saman juga telah dikeluarkan atas kesalahan tidak mempunyai lesen,” katanya dalam kenyataannya di sini semalam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI