fbpx

PBAKL 2022 dianjak bulan Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 7 Februari, akan dianjak kepada 3 hingga 12 Jun ini.

Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd. Khair Ngadiron berkata, anjakan tarikh itu dibuat disebabkan lokasi PBAKL berlangsung iaitu di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega.

“MBKM melalui mesyuarat Jawatankuasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Tugas-Tugas Khas telah sebulat suara memutuskan tarikh PBAKL bagi tahun 2022 dipinda.

“Anjakan tarikh ini adalah disebabkan oleh penggunaan lokasi PBAKL iaitu WTCKL oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai PPV Mega (Dos Penggalak) bermula pada 15 Januari hingga 15 Mac 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI