fbpx

PBAKL sasar 2 juta pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Khair (tengah) melancarkan PBAKL 2024 kali ke-41 di WTCKL.

KUALA LUMPUR – Seramai dua juta pengunjung dijangka hadir memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), bermula hari ini sehingga 2 Jun 2024.

Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron berkata, sasaran itu dianggap realisitik kerana jumlah pengunjung PBAKL tahun lalu dilihat melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu seramai 1.6 juta orang.

Menurut beliau, penglibatan penerbit dan penyertaan Asean Rights Fair (ARF) juga dilihat meningkat pada PBAKL kali ini.

“ARF memperkenalkan buku antarabangsa yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu bagi keperluan pencinta buku antarabangsa.

“Sebanyak 972 gerai jualan dibuka pada PBAKL 2024 menunjukkan peningkatan berbanding 800 gerai pada tahun lepas bahkan penyertaan ARF juga bertambah daripada lapan kepada 14 negara,” katanya di PBKL, anjuran Kementerian Pendidikan, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Dewan Industri Buku Malaysia.

Selain itu, Mohd Khair memberitahu, bahan bacaan mengenai ‘healing’ yang merupakan produk paling dicari pada PBAKL oleh pelbagai syarikat terbitan dikekalkan pada tahun ini.

Ditanya mengenai kelainan yang ditonjolkan pada tahun ini, beliau berkata, pihaknya menyediakan sebanyak tiga buah pentas dan acara menarik termasuk persembahan kesusasteraan Melayu, sesi temu ramah dan pelancaran buku secara langsung bersama penulis tempatan dan antarabangsa.

“Sesi temu ramah akan dihadiri beberapa pelakon bagi penerbitan buku yang diadaptasi dalam sebuah drama bersama peminat.

“PBAKL juga menawarkan inisiatif diskaun sehingga 50 peratus bagi buku ilmiah kepada guru-guru di Malaysia sepanjang festival tersebut berlangsung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI