fbpx

Bapa mengaku tidak bersalah dera 7 anak, isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di George Town hari ini atas tujuh pertuduhan mendera anak dan satu pertuduhan mendera isteri.

GEORGE TOWN – Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendera tujuh anaknya dan isteri pada tahun lalu.

Bagi kes mendera anak, tertuduh berusia 42 tahun mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan yang dibacakan terhadapnya masing-masing di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid dan Norsalha Datuk Hamzah.

Mengikut pertuduhan, pembantu kedai makan itu didakwa mendera dengan cara menyebabkan kecederaan ke atas tubuh dan mengabaikan kesihatan enam kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki di bawah jagaannya berusia antara lima hingga 14 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Idaman, Solok Tengku, Jelutong di sini antara Januari hingga Disember 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raiz Imran Hamid dan Muhammad Shahrezal Mohd. Shukry, manakala tertuduh diwakili peguam Md. Yusuf Md. Idris.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI