fbpx

Pengurusan Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Pihak pengurusan Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves, dekat sini dikenakan kompaun RM1,000 ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah terkesan dengan satu video berdurasi 45 saat yang tular semalam berkenaan satu majlis keagamaan yang diadakan di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves, dekat sini.

“Kita telah menjalankan siasatan dan mendapati pihak pengurusan kuil berkenaan telah gagal mematuhi SOP Plan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 iaitu tiada penjarakan fizikal.

“Ekoran kesalahan itu, kita telah mengeluarkan kompaun terhadap pihak pengurusan tersebut di bawah perkara 16, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkitan 1988 yang membawa hukuman denda RM1,000,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang telah di tetapkan oleh MKN demi mengawal penularan wabak Covid-19.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pertubuhan atau individu yang gagal mematuhi SOP tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI