fbpx
Pakar percaya makhluk asing akan menemui manusia terlebih dahulu dalam tempoh 20 tahun ini. - Getty Images

Makhluk asing akan ditemui dalam tempoh 20 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang ahli astrofizik Britain mendakwa bukti terdapat kehidupan di Planet Marikh akan diperoleh dalam tempoh kurang 20 tahun lagi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Sarah Cruddas, penemuan   itu akan membawa perubahan besar selepas manusia cuba meneroka planet itu dengan menggunakan kenderaan penjelajah angkasa lepas  kawalan jauh selama berdekad-dekad.

“Tempoh 20 tahun ini cukup untuk mengumpulkan bukti bahawa ada penempatan makhluk asing di luar Bumi.

“Hanya ada dua kemungkinan sepanjang tempoh itu iaitu sama ada kita menjumpai makhluk asing atau mereka menemui kita terlebih dahulu,” ujar Cruddas.

Dia turut berpendapat bahawa penduduk  Bumi harus bersedia untuk menerima kedatangan makhluk asing pada bila-bila masa sahaja.

“Kita tidak sepatutnya menolak bahawa kehidupan asing akan menemui kita terlebih dahulu. Ia mungkin telah menemui kita.

“Ini kerana tamadun asing mungkin jauh lebih maju dan itulah sebabnya kemungkinan mereka akan kita dahulu,” katanya. – Agensi

POPULAR