fbpx

Sungai semakin hampir dengan rumah selepas bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHIDAYU menunjukkan keadaan sungai yang semakin hampir dengan rumah ibunya di Kampung Gagu, Jelebu baru-baru ini.

JELEBU – Penduduk yang tinggal di kira-kira 15 buah rumah yang berada di tepi sungai di Kampung Gagu, di sini berasa bimbang apabila tali air yang dahulunya agak jauh dari rumah kini semakin hampir selepas kejadian banjir pada 18 Disember lalu.

Seorang penduduk, Siti Nurhidayu Abd. Razak, 35, berkata, sebelum ini sungai agak jauh dari kediaman ibunya, namun selepas kejadian banjir, sungai dan rumahnya kini berjarak 30 meter sahaja.

Bagaimanapun menurutnya, bahagian reban ternakan ayam­nya memang sudah agak hampir dengan sungai dan bahagian itu dinaiki air terlebih dahulu sebelum rumah mereka dilanda banjir setinggi paraas satu meter.

“Sekarang memang agak bimbang jika hujan lebat dan kea­daan sungai pula sudah semakin hampir dengan rumah.

“Saya harap agar pihak berwajib dapat melakukan sesuatu bagi mengelak hakisan sungai ini akan lebih memburuk atau runtuh sikit demi sedikit.

“Ikutkan inilah kejadian banjir paling buruk yang pernah dialami penduduk yang mana mengikut cerita mereka kali terakhir banjir besar berlaku ialah pada 1971,” katanya ketika ditemui di Kampung Gagu, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Maj­lis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gagu, Mohamad Aznan Sawril, 58, berkata, semasa kejadian banjir terbaru itu, sebanyak 27 buah rumah terjejas di mana 15 buah rumah sememangnya berada di tepi sungai.

Menurutnya, dalam pemantauan pihak MPKK, terdapat tiga buah rumah yang agak berbahaya berada di tepi sungai lebih-lebih lagi batu gabion di lokasi tersebut juga sudah dihanyutkan arus deras semasa banjir berlaku.

“Kita sudah mengetengahkan permohonan bagi menyediakan kembali batu gabion yang bertindak sebagai penahan tebing sungai runtuh bagi keselamatan penduduk,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received