fbpx

Penghantar barang siar detik cabaran ‘Istana Takeshi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGHANTAR barang itu menunjukkan bungkusan yang perlu dihantarnya dengan melompat pada batu bata menyeberangi paya kecil. - TikTok

JAKARTA – Seorang penghantar barang memuat naik video dia terpaksa melompat pada batu bata untuk menyeberang sebuah paya kecil semasa menghantar bungkusan, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @dharmatama90.

Menerusi video yang tular itu, lelaki tersebut dilihat berada di hadapan sebuah paya kecil dan menunjukkan bungkusan yang perlu dihantarnya. 

Kelihatan beberapa batu bata disusun sepanjang paya kecil itu bertujuan memudahkan pengguna menyeberang untuk ke sebuah kawasan perumahan. 

Lelaki itu kemudian melompat dengan berhati-hati supaya tidak terjatuh ke dalam paya kecil itu. 

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kampung di Sidoarjo, Jawa Timur.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

“Macam bermain permainan dalam program Istana Takeshi pula,” tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI