fbpx

Nadal selar sikap sombong Djokovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL

MELBOURNE – Pemain No. 6 dunia, Rafael Nadal membidas bintang tenis Serbia, Novak Djoko­vic yang meneruskan hasrat untuk datang ke Australia bagi mengharungi kejohanan bertaraf Grand Slam Terbuka Australia meskipun tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Sebagai rekod, Djokovic tiba di Australia pada Rabu lalu tetapi kehadirannya telah dihalang oleh pihak imigresen kerana gagal memiliki alasan kukuh untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 walaupun mendapat pelepasan daripada pegawai perubatan.

Kata Nadal, pemain No. 1 dunia berusia 34 tahun itu sengaja ‘mencari masalah’ dengan pihak kerajaan Australia dan ia tidak akan berlaku jika dia mendengar arahan serta syarat yang telah ditetapkan daripada awal lagi.

“Saya rasa Djokovic boleh bermain dalam saingan Terbuka Australia tanpa sebarang masalah andai dia mengambil dos suntikan vaksin Covid-19. Dia yang membuat keputusan tersebut dan semua pihak menghormati pilihannya.

“Namun, dia perlu sedar bahawa setiap apa yang dilakukan pasti akan memberi kesan jangka panjang dan inilah yang terjadi apabila dia tidak dibenarkan masuk ke Australia tetapi tetap berdegil mahu datang ke sini.

“Saya enggan mengatakan keputusan yang dilakukan oleh Australia tepat atau sebaliknya, tetapi berdasarkan fakta, ramai keluarga di sini masih terpisah dengan saudara di luar kerana isu vaksin Covid-19 sejak tahun lalu. Dia tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri,” katanya.

Difahamkan, Djokovic yang telah menjuarai kejohanan Grand Slam sebanyak 20 kali sedang berusaha membuat rayuan terhadap kerajaan Australia dan kini ditahan di hotel kuarantin yang terletak di Melbourne sehingga Isnin depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI