fbpx

Bersabarlah wahai bakal jemaah umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
SAIRUL ZAMRI MISRANI
WARTAWAN EKSEKUTIF

HARI ini bermulanya hari pertama penangguhan perjalanan bagi bakal jemaah umrah Malaysia yang berhasrat mahu menunaikan ibadah itu. Penangguhan itu bagi mengekang varian berbahaya bernama Omicron yang semakin mengganas.

Sungguh sedih, le­bih-lebih lagi bagi bakal jemaah yang sudah membuat persiapan hampir 100 peratus dan hanya membilang hari untuk ke Tanah Suci.

Walaupun berat, namun apakan daya, hanya bersabar jalan terbaik memujuk hati.

Tidak dinafikan langkah yang disifatkan sebagai ‘tergesa-gesa’ itu dilihat sebagai satu perkara yang mengejutkan ramai pihak termasuk syarikat pengendali umrah itu sendiri.

Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula penangguhan sementara itu dan sebaliknya mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) jemaah umrah.

Presiden Bumitra, Harun KC Ahmmu berkata, pengumuman mengejut yang berkuat kuasa hari ini telah menyulitkan urusan bakal jemaah umrah terutama yang bakal berangkat bulan ini.

“Pengumuman itu sedikit sebanyak mencetuskan ketakutan dalam kalangan jemaah umrah yang mula menghubungi ejen meminta bayaran balik penuh.

“Sudah terlambat untuk kami mengembalikan semula bayaran jemaah yang terjejas ini kerana kebanyakan pengusaha pelancongan sudah membayar wang kepada rakan sejawatan mereka di Arab Saudi.

“Pengumuman kerajaan sa­ngat drastik kerana kami juga telah membuat persiapan yang diperlukan untuk bakal jemaah sehingga Mac depan,” katanya.

Menurutnya, daripada menangguhkan ibadah umrah bagi rakyat Malaysia, kerajaan sebaliknya perlu mempertimbangkan untuk mengenakan SOP yang lebih ketat kerana semua bakal jemaah umrah telah lengkap divaksin, malah ada juga yang sudah mendapat dos penggalak.

Bagi menjernihkan keadaan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi satu kenyataannya berkata, pe­nangguhan itu terpaksa dibuat bagi memberi laluan kepada proses penilaian risiko dan penelitian terhadap beberapa perkara khususnya SOP.

Katanya, perbincangan sepanjang tempoh penangguhan ibadat itu akan turut membabitkan kerjasama Arab Saudi dan Konsulat Malaysia di negara terbabit sebelum perjalanan umrah kembali dibenarkan.

“Beri peluang untuk kita perketatkan lagi SOP jemaah dari Malaysia menerusi perbincangan dengan Arab Saudi, agensi pelancongan, kementerian berkaitan dan konsulat di sana.

“Kita akan buka semula (perjalanan umrah) dengan lebih selamat, tetapi bukan sekarang kerana terlalu banyak kes jangkitan Covid-19 terutama varian Omicron,” katanya.

Tambah Khairy, antara langkah kemas kini SOP umrah yang akan dilakukan ialah menggariskan pengambilan dos penggalak sebagai syarat keperluan, pengu­rusan kes dan kontak rapat di Arab Saudi serta pemantauan status kesihatan jemaah di negara terbabit.

Beliau juga memohon maaf dan mengakui pihaknya tiada pilihan selain terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara kebenaran umrah apabila ujian saringan pada hari pertama dan kelima merekodkan kadar positif yang begitu tinggi termasuk varian Omicron. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI