fbpx

Pecca beri ganjaran kepada pemegang saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya atas kesetiaan dan sokongan yang berterusan daripada mereka melalui cadangan terbitan bonus.

Cadangan terbitan bonus sehingga 564 juta saham biasa baharu (saham bonus) dalam Pecca itu berdasarkan kepada tiga saham bonus untuk setiap satu saham sedia ada yang dipegang.

Menurut makluman Kumpulan kepada Bursa Malaysia, cadangan tersebut bakal memberi peluang kepada penyertaan ekuiti yang lebih besar kepada pemegang saham sambil membolehkan mereka mengekalkan peratusan pegangan saham ekuiti masing-masing.

“Cadangan ini juga berpotensi untuk mencetus peningkatan kecairan dagangan saham Pecca dengan menambah bilangan saham dalam terbitan.

“Ia juga akan menjadikan sahamnya menjadi lebih mampu milik dan menggalakkan penyertaan yang lebih besar oleh kumpulan pemegang saham awam dan pelabur yang lebih luas,” katanya.

Tambah Kumpulan, rizab dan jumlah aset bersihnya akan dikekalkan kerana cadangan terbitan bonus itu bakal dilaksanakan melalui penggunaan rangka kerja terbitan bonus yang dipertingkatkan tanpa menggunakan permodalan rizab.

Sehingga 30 September 2021, tunai dan setara tunai kumpulan berjumlah RM64.35 juta.

Pecca terlibat dalam pembuatan upholsteri kulit untuk sarung kerusi kereta dan pembekalan potongan kulit kepada industri upholsteri kulit automotif.

Ia juga merupakan pemain upholsteri kulit automotif terbesar dalam segmen kenderaan penumpang OEM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received