fbpx

Untung bersih Pecca catat rekod tertinggi dalam sejarah Kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pecca mahu mempelbagaikan cabang perniagaan baharu ekoran kedudukan kewangan yang semakin kukuh.

PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) mencatat satu lagi rekod kejayaannya apabila keuntungan bersih bagi suku kedua tahun kewangan 2024  (TK2024) adalah sebanyak RM13.39 juta naik sebanyak 59 peratus berbanding RM8.41 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ini adalah paras keuntungan bersih tertinggi pernah dicatat dalam sejarah Kumpulan.

Hasil pula meningkat 21 peratus kepada rekod RM64.76 juta daripada RM53.48 juta setahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pecca, Foo Ken Nee berkata, pihaknya berbesar hati terhadap prestasi kewangan yang dicatat menunjukkan bahawa komitmen Kumpulan untuk pertumbuhan perniagaan yang mampan. 

“Ini menandakan suku keenam berturut-turut di mana Kumpulan mencatatkan rekod keuntungan bersih baharu.

“Kedudukan tunai kami juga meningkat kepada RM138.96 juta pada S2 TK2024, tumbuh sebanyak 24.9 peratus daripada RM111.23 juta pada akhir TK2023.

“Kedudukan kewangan kami yang teguh akan memberikan kami kekuatan untuk mempercepatkan kepelbagaian kami ke pasaran baharu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagi suku kedua TK2024, pendapatan Kumpulan didorong oleh permintaan untuk sarung tempat duduk kereta upholsteri, jahitan dan pembekalan sarung aksesori kereta, serta perkhidmatan membalut dan menjahit. 

Subsegmen ini masing-masing menyumbang kira-kira 90 peratus, lima peratus dan tiga peratus jumlah hasil Kumpulan. 

Segmen tempat duduk kereta upholsteri Pengeluar Peralatan Asal (OEM) menyumbang kira-kira 89 peratus daripada jumlah hasil untuk penutup tempat duduk kereta manakala segmen Pengilang Peralatan Gantian (REM) dan Pemeriksaan Pra-penghantaran (PDI) menyumbang kira-kira tiga peratus dan lapan peratus masing-masing. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI