fbpx

Dewan Rakyat: Muhyiddin bimbang ekuiti bumiputera belum capai 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangan berikutan pemilikan ekuiti korporat bumiputera di negara ini belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, daya tahan dan kemampanan perniagaan bumiputera mesti dipertingkat untuk mencapai sasaran 15 peratus sumbangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Justeru, katanya, Kajian Impak Agensi-Agensi Bermandat Bumiputera yang siap pada 2022 adalah penting bagi menilai keberkesanan objektif dan hala tuju pencapai bumiputera.

“Pada 2020, pegangan bumiputera hanya 18.4 peratus, maka sasaran 30 peratus ini tidak realistik untuk dicapai dalam tempoh dua tahun berdasarkan pertumbuhan kadar peningkatan ekuiti korporat bumiputera kini agak perlahan,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini

Pada 11 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pemilikan ekuiti oleh bumiputera di negara ini masih belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan selepas 50 tahun.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menilai semula pendekatan untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi kumpulan itu supaya lebih bermakna menerusi kerangka Ekonomi Madani melalui Kajian Separuh Penggal RMK12.

Anwar turut memaklumkan, satu kongres ekonomi bumiputera akan diadakan pada Januari tahun depan bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda kumpulan itu yang lebih adil, saksama dan inklusif.

Dalam pada itu, Muhyiddin mendakwa kongres ekonomi bumiputera yang mahu diadakan tersebut tidak jelas tentang rancangan kerajaan untuk memperkasakan agenda bumiputera.

“Adakah hala tuju baharu itu kelak benar-benar memenuhi tuntutan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti semasa masyarakat bumiputera.

“Atau akan berlaku perubahan dasar yang drastik terhadap sasaran kedudukan ekonomi bumiputera?,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI