fbpx

Ini satu penghormatan buat saya – Tya Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tya seakan-akan tidak percaya apabila namanya dinobatkan antara individu paling berjaya di Malaysia meskipun bukan dilahirkan di sini.

PETALING JAYA – Selepas aktres Che Puan Juliana Evans, pelakon dan penyanyi Tya Ariffin turut mengikut jejak langkah apabila dinobatkan sebagai antara individu paling berjaya di Malaysia bagi tahun 2021 terbitan BritishPedia.

Tya berkata, walaupun menyedari dia bukan warganegara Malaysia dan berasal dari Indonesia, namun perkara tersebut tidak sama sekali menghalangnya untuk terus memahat nama di negara ini.

“Alhamdulillah bersyukur sekali Tya berada di dalam buku ini.

“Yang rasa terharu adalah walaupun Tya berasal dari Indonesia dan sudah enam tahun tinggal di Malaysia dan sudah tiga tahun membina bisnes, Mutyara, ini satu penghormatan buat saya apabila tersenarai dalam buku ini,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, 28, turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia khususnya pengikut serta peminatnya.

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian rakyat Malaysia yang sudah menerima Tya sejak dari hari pertama Tya berada di sini.

“Malaysia sudah jadi part of my life (sebahagian daripada hidup saya),” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, menantu tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikut dan rakan selebriti.

“Tahniah. Bangga dengan Tya. Hasil usaha dan kerja keras, inilah habuannya.

“Alhamdulilah Tya, kerja kerasmu membuahkan hasil. Semua yang mengenalimu pasti bangga akan kejayaanmu ini,” tulis netizen.

Terdahulu, Tya bersyukur dan bangga kerana dapat membantu lebih 25,000 rakyat Malaysia sejak bergelar usahawan empat tahun lalu menerusi perniagaan yang diusahakannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI