fbpx

Galeri Darurat Bukit Kepong ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar yang digenangi air sedalam dua meter dalam kejadian banjir hari ini.

MUAR – Galeri Darurat Bukit Kepong di sini yang menjadi antara mercu tanda bersejarah di Bukit Kepong turut terkesan akibat banjir di daerah ini.

Kedudukannya yang terletak dipinggir Sungai Muar menjadikan galeri ini digenangi air sejak beberapa hari yang lalu.

Pengarah Muzium Kepolisan, Superintendan Selamat Sainayune berkata, barang pameran tidak terjejas kerana berada di aras dua dan tiga bangunan galeri terbabit.

“Hanya dua buah kereta perisai dan sebuah bot yang terletak di luar bangunan terkesan dengan banjir. Bahagian bawah galeri masih digenangi air sedalam dua meter,” katanya ketika dihubungi semalam.

Di samping itu, replika rumah kayu Galeri Darurat Bukit Kepong yang dipamerkan sejak 23 Februari 2021 di hadapan bangunan turut selamat.

Tindakan memantau serta menyelamatkan barang pameran telah dilakukan terlebih awal bagi mengelakkan sebagai kerosakan harta benda.

Sementara itu, Penghulu Mukim Bukit Kepong, Norhisham Mohmad@Mohamad berkata, kebanyakan kawasan kampung dinaiki air berpunca dari Sungai Muar yang melimpah.

“Banjir termenung masih menenggelamkan beberapa jalan dan kediaman penduduk dibeberapa kawasan yang rendah,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI