fbpx

Debaran STL 2022 kini bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL THUNDER bakal beraksi dengan reputasi juara bertahan musim ini selepas dimahkotakan sebagai juara musim lalu.

KEHANGATAN saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim 2021/2022 kini kembali apabila 10 pasukan terbaik akan berentap untuk merebut mahkota kejuaraan menjelang aksi pembuka tirai yang bermula malam ini sehingga 26 Mac depan di Stadium Titiwangsa.

Pada aksi pertama tersebut, tumpuan terarah kepada pe­rebutan Piala Sumbangsih antara juara musim lalu iaitu Kuala Lumpur Thunder menentang Bomba Fighters.

Bagaimanapun, KL Thunder dilihat enggan selesa dibuai de­ngan kejayaan muncul juara musim lalu, sebaliknya kekal selesa dengan status underdog.

“Saingan kali ini bukan mudah. Jadi, KL Thunder sentiasa berwaspada dengan segala ancaman. Sasaran untuk berada dalam tiga kelompok teratas itu ada tetapi saya tidak berani katakannya di awal musim.

“Jika kita berjaya mengekalkan kedudukan pertama, itu satu bonus buat pasukan. Saya faham untuk mencari kejua­raan lebih mudah berban­ding mengekalkannya tetapi saya le­bih selesa apabila KL Thunder musim ini digelar underdog.

“Apa yang saya lihat, persai­ngan musim ini lebih mencabar dan sengit dengan kehadiran pemain berpengalaman,” kata Presiden Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (​Perswhip), Datuk Mohd. Sumali Reduan.

Cabaran edisi STL 2022 lebih sengit selepas pemain import dari Thailand telah mendapat kebenaran semula untuk menyertai pentas berprestij itu.

Sebelum ini, Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) melarang empat pemain mereka untuk menyertai STL selepas mendapat amaran daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

Antara yang bakal menyertai STL ialah Aekasit Naphom (Penang Black Panthers), Swatbanchan Seekhwa (Johor Tigris), Anuwat Sombatdee (Perak Bison) dan Kupithat Khatmimalan (Bomba Fighters).

Pada edisi kali ini, Utusan Malaysia akan menjadi media rasmi STL dan bakal melaporkan pelbagai berita menarik sepanjang saingan tersebut berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI