fbpx

Sedih lihat anak derita ekzema kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Irwan serta isteri menunjukkan keadaan kulit badan, Noor Hanis Qalesya di rumah mereka di Kampung Huma, Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri dari Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini, bimbang melihat keadaan anak tunggal mereka yang sebelum ini aktif, namun kini menjadi lemah akibat menderita penyakit ekzema di seluruh badan sejak setahun lalu.

Menurut Mohamad Irwan Hizam Mansor, 26, dia dan isteri­nya, Noorfarizan Muhamad Akhir, 27, sedih setiap kali melihat anak mereka, Noor Hanis Qalesya, 2, menangis kerana rasa pedih dan gatal seluruh badan akibat pe­nyakit kulit kronik itu.

“Anak saya dilahirkan dalam keadaan sihat dan normal, namun keadaan menjadi sebaliknya selepas dia mengalami demam campak pada tahun lalu.

“Seluruh badannya menjadi gatal, berbintik merah dan mengelupas sehingga bernanah dan berdarah kerana dia kerap menggaru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Huma di sini baru-baru ini.

Katanya, keadaan Noor Hanis Qalesya akan menjadi semakin teruk ketika cuaca panas menyebabkan dia kerap menangis kerana tidak selesa dan kesakitan.

“Saya sudah membawa anak mendapatkan rawatan ­dengan beberapa doktor pakar di klinik swasta selain berikhtiar dengan rawatan tradisional, namun keadaannya tidak berubah, malah dilihat semakin teruk.

“Saya telah membawa anak saya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sebelum kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang,” ujarnya.

Kata Mohamad Irwan, dia dan isteri ketika ini hanya menggunakan ubat yang diberikan pihak hospital kerana ia dilihat dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

Dia yang bekerja sebagai kelindan lori di sebuah syarikat swasta di Sungai Lalang dekat sini berkata, dia kini terpaksa mengambil cuti panjang kerana mahu membantu isterinya menjaga anak mereka selain perlu membawanya bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Saya bersyukur kerana majikan sangat memahami kesulitan yang dialami keluarga saya, malah pihak syarikat juga banyak menghulurkan bantuan terma­suk menaja pemasangan pendi­ngin hawa untuk bilik anak saya,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun bank CIMB Bank 7622020850 atas nama Mohamad Irwan Hizam Mansor atau menghubunginya di talian 018-406 0179.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI