fbpx

Lelaki menyamar jadi ‘rider’ curi makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pencuri makanan itu mengambil makanan pelanggan sebelum melarikan diri

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang ditempah menerusi satu aplikasi pesanan makanan dicuri abang ‘rider’ penghantar makanan misteri.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh Pos Cod, beliau memuat naik video serta tangkap layar seorang lelaki membawa motosikal berserta beg makanan menyamar sebagai ‘rider’ sebelum mengambil makanan yang diletakkan di atas meja dekat lobi.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Bukit Jalil yang mana pencuri makanan itu menggunakan taktik yang sama berulang kali.

“Salam semua, saya bukan ‘rider’, hanya pengguna yang kecewa apabila makanan kena curi. ‘Rider’ betul datang hantar makanan, letak atas meja. Saya turun, ‘rider’ kedua (pencuri) datang ambil dua order dari atas meja, masuk dalam beg dan cabut.

“Saya turun makanan sudah tiada, dua tiga kali dah jadi,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut pengguna khidmat pesanan makanan itu, pihaknya dapat mengesan nombor pendaftaran motosikal pencuri terbabit dan telah diadukan kepada syarikat aplikasi terbabit, namun buntu kerana nombor tersebut tidak berdaftar dengan syarikat itu.

“Sya sudah lapor kepada syarikat, katanya nombor plat tidak berdaftar dengan mereka. Jadi rasanya dia pakai beg orang lain,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI