fbpx

Saintis latih ikan emas pandu kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKAN emas itu dilihat sedang mengemudi Kenderaan Pengendalian Ikan (FOV) yang direka khas. – The Sun

TEL AVIV – Pasukan saintis di Universiti Ben-Gurion, Israel dilaporkan melatih ikan emas untuk ‘memandu’ kenderaan yang direka khas oleh mereka, lapor akhbar The Sun semalam.

Ikan itu dilihat boleh menggerakkan Kenderaan Pengendalian Ikan (FOV) yang direka khas oleh kumpulan penyelidik tersebut dengan cara berenang ke arah tertentu di dalam sebuah tangki kecil sebagai ganti kepada tempat duduk pemandu.

Rekaan FOV pertama itu bertindak balas kepada pergerakan ikan di dalam air untuk memecut, berpusing dan berhenti.

Kumpulan saintis yang terdiri daripada jurutera bioperubatan dan pakar saraf itu berjaya melatih ikan emas untuk memandu di dalam sebuah bilik menghala ke arah sasaran berupa pelet makanan ikan.

Enam ekor ikan berbeza didapati berjaya mengemudi kenderaan itu melintasi ruang bilik untuk ke sasaran sambil mengelak jalan mati.

FOV itu dilengkapi empat roda bermotor dan dapat bergerak dengan mengesan pergerakan pemandunya menggunakan kamera dan teknologi pengesanan cahaya.

Semua ikan tersebut belajar mengemudi FOV ke arah sasaran berwarna merah jambu di dalam bilik berukuran empat meter untuk mendapatkan pelet makanan.

Pelajar ijazah doktor falsafah (PhD), Shachar Givon berkata: “Kajian ini menunjukkan bahawa ikan emas mempunyai keupayaan kognitif untuk mempelajari tugas yang kompleks dalam persekitaran yang berbeza.’’

“Sesiapa yang pernah cuba belajar menunggang basikal atau memandu kereta tahu bahawa tugas itu memang mencabar pada mulanya. Ikan-ikan itu bagaimanapun menjadi semakin mahir dan pada sesi terakhir, ia berjaya mengawal FOV pada tahap yang tinggi,’’ katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI