fbpx

Johor benar solat jarak setengah meter, solat hajat setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan agar pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di negeri ini dijarakkan hanya setengah meter berbanding satu meter, sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, perubahan itu berkuatkuasa bermula Jumaat ini iaitu pada 7 Januari hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Katanya, turut dipersetujui adalah solat hajat dilaksanakan selepas solat maghrib setiap hari dan selepas solat Jumaat setiap minggu di semua masjid dan surau negeri ini.

“Tujuannya adalah bagi memohon kesejahteraan buat negeri dan negara daripada segala musibah dan wabak penyakit.

“Selain itu, program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama ditambah daripada tempoh masa hanya satu jam kepada dua jam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, penjarakan jemaah ditetapkan kepada satu meter setiap jemaah akibat negara ini dilanda pandemik Covid-19 sejak Mac 2020 lalu.

Menurut Tosrin lagi, bacaan qunut Nazilah hendaklah dibaca dalam solat Jumaat setiap minggu di seluruh negeri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI