fbpx

Seunghee diam-diam bagi sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEUNGHEE

SIAPA sangka, dalam diam rupa-rupanya penyanyi terkenal Seunghee seorang yang sangat pemurah bahkan kerap menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Namun, apa yang membuatkan peminat terharu adalah sikapnya yang merendah diri kerana langsung tidak menghebahkan sebarang kerja amal melibatkan sumbangan peribadinya.

Perkara tersebut mula menjadi perhatian ramai selepas sebuah komuniti dalam talian mendedahkan bahawa anggota kumpulan Oh My Girl itu merupakan individu yang paling banyak menyumbang untuk golongan memerlukan.

Nama Seunghee berada di kedudukan teratas dalam laporan yang dikeluarkan oleh stesen televisyen KBS1 apabila menyumbangkan sebanyak 20 juta won (RM70,096).

Rata-rata peminat terkejut dan pada masa sama berbangga kerana penyanyi itu seorang yang permurah meskipun pada usia muda.

“Saya sendiri nak sumbangkan sebanyak 10,000 won pun agak susah, tapi dia sangat hebat dan masih muda,” tulis seorang netizen.

Mac tahun lalu sahaja Seunghee dilaporkan menyumbang sebanyak 1.25 juta won (RM4,381) kepada organisasi antarabangsa, Save The Children.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI