fbpx

Me’nate Steak Hub kini di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Me’nate Steak Hub Kubang Kerian menyediakan lebih 50 hidangan stik bermula daripada RM30.

KOTA BHARU – Rangkaian kedai makan ala barat terkenal, Restoran Me’nate Steak Hub memilih Kelantan sebagai lokasi cawangan pertamanya di Pantai Timur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Ashraf Syed Ali berkata, restoran yang terletak di Bandar Baru Kubang Kerian, di sini me­rupakan cawangan kesembilan dan terbaharu di negara ini.

Menurutnya, Kelantan dipi­lih berdasarkan statistik serta data penyembelihan lembu yang menunjukkan negeri itu merekodkan jumlah sembelihan lebih tinggi berbanding Terengganu dan Pahang.

“Kami terima data ini daripada kerajaan negeri dan ia menjadi asas yang menunjukkan bahawa permintaan di sini adalah tinggi, manakala masyarakatnya gemar hidangan berasaskan da­ging lembu.

“Sehubungan itu, kami me­nyasarkan jualan sebanyak RM5 juta bagi cawangan di Kelantan bagi sepanjang tahun 2022.

Restoran ini memulakan operasinya pada 31 Disember lalu.

“Ini merupakan sasaran minimum, kami sebenarnya menjangkakan prestasi lebih baik daripada jumlah tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas ­majlis perasmian Restoran Me’nate Steak Hub di sini baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob diberi penghormatan untuk merasmikan restoran tersebut yang memulakan operasi pada 31 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Syed Ashraf menjelaskan, pihaknya menyediakan lebih 50 hidangan stik da­ging lembu, wagyu dan kambing premium di restoran berkenaan, selain pelbagai jenis hidangan Itali serta makanan laut.

“Tidak timbul isu mengenai harga mahal di Restoran Me’nate Steak Hub, kerana kami menawarkan hidangan bermula daripada harga belasan ringgit bagi pelbagai jenis pasta sehingga daging Wagyu Tomahawk yang boleh mencecah lebih RM1,000.

“Ia bergantung kepada jenis dan gred daging yang dipilih. ­Pelanggan boleh menikmati hida­ngan stik daging lembu bermula daripada RM30 di sini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, menurut Syed Ashraf, pihaknya sedang dalam perancangan untuk membuka lima lagi cawa­ngan Restoran Me’nate Steak Hub pada tahun ini iaitu dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Kuantan, Sungai Petani serta Kuala Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI