MIAMI, Florida – Sepasang suami isteri di Miami menemui semula cincin pertunangan mereka di dalam tandas setelah 21 tahun barang kemas berkenaan hilang, lapor portal berita MailOnline.
MailOnline memetik laporan WFLA -TV menyatakan bahawa Shaina Day, 43, disatukan semula dengan cincin tersebut selepas ibu mertuanya yang dikenali sebagai Renee, menukar mangkuk tandasnya.
Ketika proses penukaran dilakukan, seorang tukang paip menemui barang kemas tersebut tersangkut di dalam mangkuk tandas porselin pada bulan lalu.
Sebelum ini, suaminya, Nick Day melamar dengan cincin itu lebih dua dekad lalu tetapi cincin berlian tersebut hilang sejurus sebelum perkahwinan mereka berlangsung.
Shaina pernah datang kepada Nick dan berkata bahawa dia kehilangan cincin itu dan terfikir kemungkinan dia telah membuangnya ke dalam mangkuk tandas secara tidak sengaja.
Renee teringat detik tukang paip itu menemui cincin tersebut selepas bertahun-tahun ia hilang.
Selepas pembersihan menyeluruh dilakukan, ibu bapa Nick mengejutkan mereka dengan pemberian cincin tersebut sebagai hadiah kepada Shaina dan suaminya pada malam Hari Krismas. – Agensi














