fbpx

Polis tembak mati harimau Malaya serang pekerja zoo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

NAPLES, FLORIDA – Polis menembak mati seekor harimau Malaya selepas ia menyerang seorang pekerja zoo di Florida, lapor akhbar The Sun kelmarin.

River Rosenquist, 26, ditarik harimau bernama Eko ketika dia sedang membelai dan memberi makan haiwan berkenaan di kawasan larangan di Zoo Naples, Florida pada petang Rabu lalu.

Lengannya secara tiba-tiba ditarik harimau itu melalui pagar dawai, membuatkan Rosenquist menjerit meminta tolong kerana enggan dilepaskan.

Serangan tersebut cuba digagalkan ketika seorang saksi menendang pagar itu. Bagaimanapun, polis terpaksa menembak haiwan buas itu kerana cuba menyelamatkan Rosenquist.

Harimau Malaya berusia lapan tahun itu kemudiannya berundur ke bahagian belakang kandangnya selepas ia ditembak sebelum mati.

Rosenquist telah dihantar ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Zoo Naples, Rosenquist bekerja untuk membersihkan tandas dan kedai cenderamata, bukannya di kandang haiwan.

Lelaki itu dikatakan membuat aktiviti terlarang dan berbahaya dengan memanjat penghadang utama untuk ke kandang itu selepas zoo ditutup.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI