fbpx
ANJANA setia menjaga Chin Gap sejak kematian suaminya tiga tahun lalu ketika ditemui di Gemencheh, Tampin semalam.

Pegang amanah jaga abang ipar strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – “Tetap jaga abang sampai bila-bila walaupun selepas ketiadaan saya. Anggap dia seperti abang sendiri.”

Demikian pesanan ditinggalkan mendiang suami, Gan Sin Kok untuk V. Anjana, 60, supaya menjaga abangnya, Gan Chin Gap, 65, yang menghidap penyakit strok.

Wanita warga emas itu berkata, dia tetap patuh dengan pesanan mendiang suaminya yang meninggal dunia pada 2018 dan tidak pernah sesekali terfikir untuk meninggalkan abang iparnya itu.

“Abang ipar saya (Chin Gap) mula diserang strok enam tahun lalu dan pada masa itu, saya dan suami mengambil tanggungjawab menjaganya bersama-sama di rumah salah seorang adik-beradik mereka.

“Sepanjang tempoh berkenaan, suami sering memberikan pesanan untuk tetap menjaga abangnya itu sampai bila-bila walaupun selepas ketiadaannya dan mahu dia menganggap Chin Gap seperti abangnya sendiri,” katanya ketika ditemui di Taman Yu Yi, Gemencheh, di sini semalam.

Katanya, dia pun sudah tiada siapa-siapa lagi di Tampin selain keluarga sendiri yang tinggal jauh di Kuala Lumpur.

“Mereka juga bukanlah orang senang. Jadi, saya sudah anggap keluarga suami sebagai keluarga saya sendiri dan abangnya sebagai abang saya sendiri.

“Tak susah mahu menjaga abang ipar kerana walaupun strok sebelah badan, abang masih boleh mengengsot serta menguruskan dirinya sendiri.

Cuma, saya perlu menyediakan makanannya iaitu oat dua kali sehari,” katanya.

Katanya, sebelum ini dia dan abang iparnya itu bekerja sebagai penoreh getah, namun selepas di serang strok abang iparnya itu bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ujarnya, dia juga tidak dapat menoreh getah kerana tidak pandai menunggang motosikal selain bergantung sepenuhnya kepada bantuan JKM.

“Selepas tak dapat menoreh, saya ada bekerja membasuh pinggan di kedai makan berhampiran rumah, namun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedai tutup dan saya tidak dapat bekerja.

“Malah, saya juga sudah tidak sihat seperti dulu. Dengan bantuan yang ada dan sumbangan adik-beradik serta orang ramai yang mengetahui kisah kami, kami berjimat-cermat untuk membayar bil, makanan serta ubat-ubatan,” katanya.

Orang ramai boleh menyumbang melalui akaun bank BSN 0511-3410-0009-4245 atas nama Gan Chin Gap. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN